CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Sejarah Pentadbiran Negeri Kedah
- Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (Kedah Civil Service)
Mula 1-7 Akhir
Perkidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S)
  • Kedah dimasukkan di bawah naungan British pada tahun 1909 dan sebelum itu Kedah berada di bawah pentadbiran Siam. Walaupun ia terletak di bawah pentadbiran Siam tetapi semua urusan dan pentadbiran Negeri Kedah dikendalikan oleh pegawai-pegawai Melayu Kedah. Pegawai Siam tidak campur tangan.

  • Apabila Kedah diserahkan kepada British oleh Kerajaan Siam, Kerajaan British telah melantik seorang Pegawai British di Kedah dengan gelaran "British Advisor".

  • Beberapa orang anak Kedah yang berpelajaran telah dilantik sebagai Civil Service, Pegawai Kerani dan guru-guru sekolah dalam usaha untuk melicinkan pentadbiran negeri. Sebelum Perang Dunia Kedua (1941), bilangan pegawai K.C.S. adalah seramai lebih kurang 60 orang.

  • Pada tahun 1923, Kerajaan Kedah telah mengikat satu perjanjian dengan Kerajaan British yang mengatakan bahawa semua jawatan Civil Service hendaklah diisikan dengan pegawai Melayu Kedah kecuali bagi jawatan teknikal seperti Doktor, "Engineer" dan "Surveyer". Semua pegawai British yang hendak masuk bekerja di Kedah hendaklah dengan kebenaran State Council (Majlis Negeri).

  • Semua dasar Kerajaan, arahan dan hukuman datangnya dari State Secretariat iaitu pusat pentadbiran Kerajaan Kedah. Semua masalah pejabat termasuk pejabat-pejabat daerah ditumpukan kepada Secretariat untuk mendapatkan kebenaran atau arahan.

  • Keputusan-keputusan Kerajaan yang diperbuat akan menjadi presiden bagi kes yang sama ke hadapan. Tiap-tiap satu kes yang diterima hendaklah dihalusi dengan teliti oleh Penolong Setiausaha Kerajaan yang berkenaan dan jika perlu ia akan merujuk kepada jabatan yang lain. Apabila sudah dapat "acts" (tindakbalas) dan pendapat ketua-ketua pejabat yang dirujuk, barulah dipersembahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Jika Setiausaha tidak berpuas hati dan mahukan "facts" lagi maka proses mendapat maklumat akan dilakukan sekali lagi. Jika kes itu panjang dan "complicated", kenalah disediakan memorandum atau "summary" ke atas kes itu. Jika kes itu besar dan penting, maka Setiausaha Kerajaan akan persembahkan kepada Menteri Besar. Jika kes itu kena atau mendapat kebenaran State Executive Council (Majlis Mesyuarat Kerja Negeri) Menteri Besar akan mengarah dan kertas itu akan diserahkan kepada "Council Branch".

  • Dalam Secretariat ada cawangannya iaitu General Branch (Cawangan Umum), Service Branch (Cawangan Perkhidmatan), Council Branch (Cawangan Perundangan).

  • Sebelum Malaya mendapat kemerdekaan, Federal Secretariat dikuasai oleh pegawai-pegawai British.
Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
| Perkidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S) | Sistem Dan Kuasa Pentadbiran Dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S) | Fungsi-Fungsi Jabatan Dan Tanggungjawab | Pejabat Tanah | Pejabat Daerah Dan Perbendaharaan | Penyusunan Pegawai Tadbir Negeri Kedah | Kekuasaan Dalam K.C.S |
 
 
   
 
 
     
 
     
01 May 2024