CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Wayang Kulit Seri Asun
- Pengenalan
Bibliografi
Penghargaan
Pengenalan

Wayang kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan Wayang Kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan dan juga alat tiupan.

Pengertian istilah Wayang dalam Bahasa Melayu ialah bayang-bayang yang bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang di sekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan wayang.

Di awal abad ke-9, wayang kulit Melayu yang berasaskan cerita Ramayana kerap dimainkan di Patani, Kelantan, Kedah dan Perak. Dalang wayang kulit dari utara semenanjung mengembara dan mengadakan persembahan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan di kawasan-kawasan pantai timur negeri Johor.

Selain menjadi satu hiburan, wayang kulit juga berfungsi untuk menyalurkan nasihat melalui cerita dan lakonan yang dipersembahkan. Banyak pengajaran dan teladan dapat disampaikan kepada masyarakat. Persembahan wayang kulit Melayu telah lama bertapak dalam masyarakat Melayu sehinggakan ia telah menjadi warisan budaya bangsa.

 
 
   
 
 
     
 
     
10 December 2024