CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Masyarakat Orang Asli Kensiu di Baling
- Pengenalan
Bibliografi
Penghargaan
Pengenalan

Orang Asli adalah merupakan penduduk yang pertama menduduki sesebuah negara atau tempat. Di Semenanjung Malaysia kecuali di negeri Perlis dan Pulau Pinang, terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang terdiri dari beberapa puak. Puak-puak ini terdapat di negeri yang berlainan. Mereka ini terbentuk dari 3 kumpulan iaitu:

1. Negrito
2. Senoi
3. Melayu-Proto

Setiap puak di dalam kumpulan ini berbeza dari segi paras rupa, bentuk badan dan cara kehidupan. Di dalam kumpulan tersebut dapat dibahagikan pula kepada beberapa puak. Puak-puak tersebut ialah :

1. Negrito
i. Kensui           ii. Kintak            iii. Lanoh
iv. Jahut            v. Mendriq         vi. Bateq

2. Senoi
i. Temiar           ii. Semoi             iii. Semoq Beri
iv. Jahut            v. Mah Meri       vi. Che Wang

3. Melayu-Proto
i. Kuala            ii. Kanaq             iii. Seletar
iv. Jakun          v. Semelai           vi. Temuan

Puak Negrito tinggal di Utara Semenanjung Malaysia, puak Senoi tinggal di bahagian tengah dan puak Melayu Proto pula di Selatan Semenanjung. Pembahagian ini adalah dari segi sosiologi tetapi bukan dari segi bahasa. Setiap suku diketuai oleh seorang ketua yang berkuasa ke atas semua perjalanan kehidupan harian anggota kumpulan.

 
 
   
 
 
     
 
     
19 March 2024