CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Alatan Tradisional
- Pengenalan
Penghargaan
Pengenalan

Masyarakat Melayu dahulu terkenal dengan alatan tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun sama ada daripada hasil ukiran mahupun anyaman. Biasanya kayu dan buluh merupakan bahan yang paling digemari untuk diukir kerana ia mudah dibentuk dan tahan lama.

Alatan yang dianyam selalunya menggunakan mengkuang, rotan dan buluh. Seni anyaman adalah suatu proses yang rumit dan memerlukan kesabaran, ketelitian dan ketekunan serta mengambil masa yang agak lama.

Pada masa dahulu, hampir keseluruhan kerja-kerja dilakukan dengan menggunakan alatan tradisional yang dicipta sendiri. Kreativiti dan keindahan seni warisan tradisional ini seharusnya diwarisi oleh genarasi muda masa kini. Namun pelbagai masalah yang timbul dalam usaha ini seperti kemahiran yang semakin pupus, kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah, pemasaran dan sebagainya.

Justeru itu, kepentingan alatan tradisional kepada Masyarakat Melayu semakin hari semakin dilupakan. Ini kerana alatan moden lebih canggih.

Dalam usaha menjaga warisan seni ini, di sini dipaparkan beberapa alatan tradisional yang digunakan suatu ketika dahulu. Di harap generasi kini dapat mengenali serba sedikit tentang alatan tradisional ini walaupun tidak berpeluang menggunakannya.

Alatan Tradisional pilihan kami
Ukiran, tenunan, anyaman pun ada
Perkakasan dapur dipaparkan di sini
Untuk menambah pengetahuan anda

Kerjanya rumit bukannya mudah
Zaman kegunaan sudah berlalu
Alatan tradisional seni dan indah
Menjadi kebanggaan masyarakat dahulu

Lesung hindik lesung tangan
Buatan kayu bukannya besi
Warisan tradisional dilupa jangan
Agar ia dapat diwarisi

 
 
   
 
 
     
 
     
10 December 2024