CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Sejarah Pentadbiran Negeri Kedah
- Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (Kedah Civil Service)
Mula 2-7 Akhir
Sistem Dan Kuasa Pentadbiran Dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S)

Sejarah dan Perkembangan K.C.S.

  • Sistem asal dibentuk oleh Sultan Abdul Hamid dan kemudian telah dirombak dan diperkemaskan oleh Penasihat Kewangan Siam (1905-1909) diikuti kemudiannya oleh Penasihat Inggeris (mulai 1909). Rombakan ketiga berlaku selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (1948) dan akhir sekali rombakan menjelang kemerdekaan.
  1. Sultan Abdul Hamid
  2. Penasihat Siam (1905-1909) (rombakan struktur yang paling besar berlaku semasa pendudukan Jepun)
  3. Persekutuan Tanah Melayu (1948)
  4. Menjelang Kemerdekaan (1957)
  • Semua perubahan ini adalah untuk memperkemaskinikan birokrasi tersebut supaya negeri Kedah mendapat faedah yang maksima daripadanya.
  • Pegawai-pegawai K.C.S. dipecahkan ke dalam tiga bahagian iaitu:
  1. Jabatan-jabatan
  2. Pejabat-pejabat
  3. Badan-badan Kerajaan yang penting

Sebelum merdeka, K.C.S. memecahkan pegawai-pegawainya kepada empat kumpulan dan semua pentadbiran ini diletak di bawah pengawasan Secretariat (Pejabat Setiausaha Kerajaan):

  1. Mentadbir urusan tanah (Pejabat Tanah)
  2. Mengurus pentadbiran daerah (Pejabat Daerah)
  3. Mentadbir urusan kewangan (Pejabat Perbendaharaan)
  4. Mentadbir pejabat-pejabat dan badan-badan Kerajaan negeri yang lain.

Menjelang merdeka, terdapat 49 orang pegawai-pegawai K.C.S. iaitu terdiri daripada 4 Secretariat:

  1. 16 pentadbir tanah
  2. 12 pentadbir daerah
  3. 8 pentadbir tanah - daerah
  4. 4 kewangan

Bakinya (10 orang) di dalam badan-badan Kerajaan yang lain.

Seluruh K.C.S. bertugas mengikut jabatan dan pejabat masing-masing dan bertanggungjawab kepada ketua mereka. Setiausaha Kerajaan Negeri (S.K.N.) sebelum Perang Dunia Kedua dikenali sebagai "Secretary to Government". S.K.N. memikul tanggungjawab memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan lancar dan ia bertanggungjawab kepada DYMM Sultan.

Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
     
 
   
 
| Perkidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S) | Sistem Dan Kuasa Pentadbiran Dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S) | Fungsi-Fungsi Jabatan Dan Tanggungjawab | Pejabat Tanah | Pejabat Daerah Dan Perbendaharaan | Penyusunan Pegawai Tadbir Negeri Kedah | Kekuasaan Dalam K.C.S |
 
 
   
 
 
     
 
     
21 May 2024