|
Hari Ini Dalam Sejarah
Air Sungai Kedah tidak ditingalkan jernih lama kerana apabila British kembali selepas Peperangan Dunia dalam tahun 1945, mereka memerlukan sesuatu untuk merayakan hari Kemerdekaan (Victory Day). Cadangan supaya diadakan pesta air di Alor Setat menerima persetujuan semua pihak dan perlumbaan perahu menjadi acara utama. Seperti diduga, Sanai yang dikayuh oleh pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Kedah telah mengalahkan Nagasari yang dikayuh oleh pegawai-pegawai tentera British yang bertempat di Alor Setar pada masa itu, dan Layang Mas yang dikayuh oleh pegawai-pegawai dari Perkhidmatan Awam Malaya (semuanya orang Inggeris) mandapat tempat ke tiga. |
|