|
Pengenalan
ADAT RESAM
Perkahwinan merupakan satu peristiwa yang penting dalam kehidupan seseorang insan. Sejak zaman dahulu lagi, perkara ini telah diambil berat oleh masyarakat Melayu. Hasilnya kita diwarisi dengan berbagai-bagai peraturan dan adat istiadat yang pelbagai rupa. Peraturan dan adat resam ini pula amat rumit dan memakan belanja.
Adat-adat ini termasuklah merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan bersanding. Dari segi persediaan pula terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi, berkhatam Al-Quran dan berinai. Kemuncak adat resam perkahwinan ini ialah persandingan. |