|
Pengenalan
Pada zaman dahulu, manusia mengamalkan "Sistem Barter" iaitu dengan tukar-menukar barang-barang keperluan antara satu sama lain. Melalui peredaran masa, alat pertukaran/medium yang lebih baik beransur-ansur terbentuk. Untuk tujuan ini, satu unit ukuran berdasarkan kepada sesuatu yang berharga, tahan lama, mudah disimpan, sama jenis dan mudah dibawa adalah diperlukan. Emas dan perak merupakan alat yang sesuai untuk tujuan ini. Melalui peredaran zaman, duit primitif dalam bentuk ganti duit logam atau duit syiling diperkenalkan. |