CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Ulam-ulaman
- Pengenalan
Bibliografi
Penghargaan
Pengenalan

Ulam ialah sejenis tumbuhan yang dimakan mentah dan segar. Generasi kini lebih kenal dengan makanan ringan seperti ayam goreng Kentucky, kentang goreng McDonald dan sebagainya.

Memori bulan September cuba memperkenalkan sedikit sebanyak tumbuh-tumbuhan yang ada dan senang diperolehi serta mudah ditanam di kawasan rumah untuk dijadikan makanan harian.

Foto ulam-ulaman yang dipamerkan adalah sebahagian daripada ulam-ulaman yang terdapat di negara ini. Ia sejenis makanan istimewa di samping rasanya yang enak dan menjadi pembuka selera.

Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan zat galian bukan sahaja berpotensi mengubati penyakit-penyakit tetapi mempunyai bahan anti-bakteria dan anti-oksidan.

Keperihatinan kerajaan satu ketika dahulu semasa Kementerian Pertanian dibawah pimpinan YAB Tan Sri Dato Seri Sanusi Junid telah memperkenalkan kempen makan ulam-ulaman bukan sahaja mendapat perhatian orang Melayu bahkan orang Cina dan bangsa lain juga menunjukkan minat untuk memakan ulam-ulaman.

Oleh itu sumbangan yang kecil ini diharap dapat diterima oleh semua golongan terutama remaja untuk mengenali ulam-ulaman dengan lebih dekat lagi.

 
 
   
 
 
     
 
     
13 November 2024