|
2. Penyediaan Benih Padi
Benih padi yang terpilih akan diisi ke dalam guni (karung), kemudian direndam ke dalam air selama 3 hari 3 malam. Selepas direndam, benih padi tersebut diangkat dan disejat ke dalam bakul yang jarang disebut sebagai "bakul lau", kemudian ditutup dengan guni dan dibiarkan selama 3 hari 3 malam untuk proses percambahan mata tunas dan akar. Setelah benih tersebut bercambah, ianya terus ditaburkan ke dalam petak-petak semaian yang disediakan dan dibiarkan tumbuh menjadi semai (anak padi) selama jangka masanya 30 hingga 44 hari untuk tempoh cukup matangnya. Kebiasaannya 44 hari. |
|