Balai Polis & Pejabat Pos
Bangunan ini merupakan bangunan ibu pejabat polis cawangan trafik di kawasan Alor Setar yang bertugas untuk mengawal lalu lintas di sekitar bandar Alor Setar. Reka bentuk dan pilihan warna biru yang digunakan oleh bangunan ini memperlihatkan persamaan dengan mana-mana balai polis di negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Keadaan ini adalah disebabkan faktor dari kesan penjajahan dulu lagi. Reka bentuk senibina bangunan ini menunjukkan ciri-ciri senibina Greek yang menarik. Bangunan ini masih kekal dan kukuh hingga ke hari ini.
Pejabat Pos
Bangunan ini terletak di persimpangan Jalan Pekan Melayu dan merupakan Pejabat Pos Besar di Alor Setar. Melihat kepada reka bentuk bangunannya, jelas menampakkan ciri-ciri senibina Roman. Ciri-ciri ini jelas terbukti pada struktur binaan pada tiang, tingkap dan pintu bangunan.
Selain itu, ukiran-ukiran menarik dapat dilihat pada bahagian dinding dan juga tiang. Bangunan ini berperanan untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan penghantaran surat menyurat dan juga kewangan. Bangunan ini tetap teguh berdiri dan tidak tergugat dengan pembinaan dan kewujudan bangunan-bangunan baru disekelilingnya |