CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Alor Setar Dahulu dan Sekarang - Vol II
- Bangunan Lama
Mula 8-11 Akhir
Wisma Negeri

Bangunan ini merupakan nadi pentadbiran kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Lokasinya yang terletak di hadapan Menara Jam Besar juga bersebelahan dengan bangunan Mahkamah Tinggi. Suatu ketika dahulu, bangunan ini berfungsi untuk pelbagai kegunaan seperti untuk pejabat Sultan Kedah, pejabat Menteri Besar dan sebahagian daripada Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Negeri Kedah. Namun kini, dengan kewujudan bangunan pentadbiran baru iaitu Wisma Negeri, kebanyakan pejabat telah dipindahkan ke bangunan baru.

Pembinaan bentuk-bentuk gerbang di setiap tingkap menjadikan bangunan ini kelihatan cantik. Di bahagian hadapan bangunan ini terdapat jalinan lencanan Negeri Kedah yang mewujudkan suasana indah.

Penghargaan
     
 

Pemandangan bangunan Wisma Negeri Blok B dan perkarangannya. Bangunan ini terletak di hadapan Menara Jam Besar dan bersebelahan dengan bangunan Mahkamah Tinggi. Wisma Negeri kini telah didirikan dengan blok bangunan baru iaitu di hadapan Wisma Negeri Blok B yang asal. Bangunan ini digunakan untuk pelbagai kegunaan pentadbiran dari beberapa buah jabatan.

 
     
 
   
 
| Balai Seni Negeri | Masjid Zahir | Perkarangan Masjid Zahir | Maktab Mahmud | Madrasah Amanatul-Muslimin | Pekan Melayu Dan Pekan Cina | Majlis Perbandaran Kota Setar | Wisma Negeri | Balai Polis & Pejabat Pos | Jalan Raja | Hospital Alor Setar & OCBC |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024