|
Lekar
Lekar, dianyam dengan lidi daun kelapa dan digunakan untuk melapik terutamanya periuk atau kuali panas. Anyaman yang seperti ini amat popular bagi kegunaan masyarakat kampung di negeri Kedah pada masa dahulu. Ini kerana boleh dikatakan rata-rata rumah di negeri Kedah pada masa dahulu ada menanam pohon kelapa (orang Kedah lebih mengenalinya sebagai pokok nyiur).
|
|