|
Layar Tong Padi
Layar tong padi yang diperbuat daripada anyaman tikar mengkuang putih iaitu tidak diwarnakan. Tongnya diperbuat daripada kayu dan diikat dengan rotan supaya lebih kemas. Tong padi ini digunakan untuk mengasingkan padi dari tangkainya, pada masa sekarang kegunaan tong padi telah hampir pupus kerana penggunaan mesin padi.
|
|