|
Kipas Anyam
Kipas anyam hasil anyam daripada daun pandan atau mengkuang, beranyam gadas atau kelarai, bertulang buluh. Kipas yang dianyam dengan cantik digunakan oleh masayarakat Melayu Kedah pada zaman dahulu semasa upacara perkahwinan untuk para tetamu yang datang manakala selalunya untuk pengantin digunakan kipas yang ditekat dengan benang emas dan perak. Namun begitu asas bagi kipas yang ditekat ini selalunya adalah daripada buluh.
|
|