|
Bayung
Bayung atau lebih dikenali sebagai bakul junjung oleh masyarakat negeri Kedah diperbuat daripada mengkuang atau kerucut, bermulut bulat tanpa bingkai, berbucu empat di bahagian tapak, berbadan cembung dan digunakan untuk membawa beras atau padi. Jika tidak digunakan, bayung atau bakul junjung ini boleh dilipat.
|
|