CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Menteri Besar Kedah
- Menteri Besar Kedah Kelapan
Mula 2-2 Akhir
Y.A.B DATO SERI HAJI SYED RAZAK BIN SYED ZAIN

Beliau dilahirkan pada 22 Ogos 1944 di Kubang Rotan, Kuala Kedah. Anak sulung dari tiga adik-beradik ini merupakan seorang pemimpin yang sederhana dan disenangi oleh semua pihak. Keluarga beliau terdiri dari kalangan orang politik. Bapanya adalah dari golongan petani dan peniaga yang berjaya serta berjaya membimbing beliau untuk mencapai kejayaan hidup.

Sebelum menceburi dalam arena politiknya, beliau merupakan seorang Bumiputera yang berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau pernah diberi kepercayaan menerajui Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Cawangan Kedah (DPPMMK) sejak tahun 1986 lagi. Semasa menerajui DPPMMK, beliau telah berjaya membawa golongan Bumiputera dalam memajukan diri dan bersaing dalam bidang perniagaan.

Pada ketika beliau menceburi dalam arena politik pula, beberapa jawatan penting pernah beliau pegang iaitu menjadi Ketua UMNO Cawangan Kilang Ais, Kuala Kedah dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah. Kemuncak kejayaan beliau dalam dunia politik bermula pada tahun 1986 iaitu berjaya dalam Pilihanraya Umum ketika beliau dicalonkan bertanding bagi Dewan Undangan Negeri Kawasan Pengkalan Kundor.

Di atas jasa dan bakti beliau sepanjang pembabitan dalam arena politik, beberapa pingat dan bintang kebesaran telah dianugerahkan iaitu Kesatria Mangku Negara (KMN), Bintang Kebaktian Masyarat (BKM), Ahli Mangku Negara (AMN), Jaksa Pendamai (JP) dan Dato Setia DiRaja Kedah (DSDK).

Penghargaan
     
 

Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak berucap merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Negeri Kedah di Auditorium Perbadanan Perpusatakaan Awam Kedah.

Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak diiringi Puan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah meninjau keadaan di perpustakaan.
 
     
 
   
 
| Menteri Besar Kedah Kelapan | Y.A.B Dato Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain |
 
 
   
 
 
     
 
     
10 May 2024