CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Adat Persawahan Di Negeri Kedah
Mula 10-25 Akhir
Menabur

Oleh sebab menabur merupakan salah satu rukun persawahan, yakni pekerjaan yang tidak boleh dilebih kurangkan, masa dan ketika turun daripada rumah untuk mengerjakan pekerjaan tersebut sama keadaannya dengan turun menggala, dan hendaklah ditilik hari dan ketikanya. Lagi sekali di sini berbagai-bagai cara yang dibuat mengikut ilmu masing-masing. Biasanya hari turun menabur ini dikira pada haribulan yang tidak ganjil, iaitu pada dua, empat, enam, lapan dan seterusnya. Haribulan itu mengikut haribulan hijrah tidak pula mengikut bulan biasa.

Supaya kerja bertambah baik sebelum merendam padi benih hendaklah terlebih dahulu dikira dan ditetapkan hari menabur itu. Kalau hari hendak turun menabur itu terpilih pada lapan haribulan umpamanya, maka hendaklah mula merendam pada tiga haribulan, kerana dengan demikian tidaklah nanti padi itu terlalu lama di dalam air atau di atas darat.

 
   
 
| Adat Persawahan | Piama (musim) bendang | Masa turun ke bendang | Kayu tenggala | Turun ke bendang | Piama menabur | Bintang Ketika (Bintang Thuraiya) | Padi Benih | Memilih padi benih | Menabur | Persiapan menabur | Upacara menabur | Mencabut semai dan menanam | Menanam | Memelihara pokok padi | Umur padi | Mengerat | Mengambil semangat padi | Semangat padi | Memukul, mengurai dan menyimpan | Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang | Menggiau dan mengirik | Berpantun | Permainan-permainan lain | Melanggar dan Pupuh |
 
 
   
 
 
     
 
     
26 April 2024