CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Antara Kuih-muih Tradisional Kedah
- Kuih-muih Tradisional Kedah
Mula 9-9 Akhir
Tepung Torak

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
2 cawan santan
cawan gula
Air daun pandan
Air kapur
Garam secukup rasa
Daun pisang

Cara membuatnya:

  1. Tepung beras dicampur dengan santan, air daun pandan, gula, air kapur dan garam.
  2. Kacau adunan di atas api yang sederhana sehingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Daun pisang digulung dengan kayu bulat untuk dibuat kelongsong/torak.
  5. Punjut di sebelah bawah dengan mengikatnya dengan tali.
  6. Tuang adunan ke dalam torak.
  7. Punjut di sebelah atas dan ikat dengan tali.
  8. Rebus torak di dalam air hingga masak.
  9. Untuk sajian, potong kuih ini ikut kesukaan masing-masing.

"Kuih ini disebut di dalam
"Hikayat Terung Pipit" ,
Hikayat mengenai Kedah Tua.
Ia disaji bersama cucur peniram sebagai
hidangan jamuan, kata hikayat itu".

Penghargaan
     
 

1

2

3

4

5

6

7

8
 
     
 
   
 
| Baulu (Bualu) | Cucur Manis | Cucur Peniram | Cucur Jawa | Gedung Cak | Karas | Kuih Kapal Terbang | Kuih Loyang | Tepung Torak |
 
 
   
 
 
     
 
     
08 December 2023