Wisma Negeri
Bangunan ini merupakan nadi pentadbiran kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Lokasinya yang terletak di hadapan Menara Jam Besar juga bersebelahan dengan bangunan Mahkamah Tinggi. Suatu ketika dahulu, bangunan ini berfungsi untuk pelbagai kegunaan seperti untuk pejabat Sultan Kedah, pejabat Menteri Besar dan sebahagian daripada Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Negeri Kedah. Namun kini, dengan kewujudan bangunan pentadbiran baru iaitu Wisma Negeri, kebanyakan pejabat telah dipindahkan ke bangunan baru.
Pembinaan bentuk-bentuk gerbang di setiap tingkap menjadikan bangunan ini kelihatan cantik. Di bahagian hadapan bangunan ini terdapat jalinan lencanan Negeri Kedah yang mewujudkan suasana indah. |