|
Kuih Kapal Terbang
Bahan-bahan:
1 kati tepung gandum 1 biji telur Air garam Gula Campuran minyak dan tepung (sedikit sahaja)
Cara membuatnya:
-
Tepung gandum, telur dan air garam dimesin sehingga sebati.
-
Adunan tadi dicanai hingga nipis.
-
Sapu campuran minyak dan tepung di atas adunan sebelum digulung. Kemudian adunan digulung dan dipotong serta dinipiskan sebelum digoreng.
-
Goreng di dalam minyak yang sederhana panas.
-
Apabila kuih telah kekuningan, angkat dan toskan sebelum disira dengan gula.
Nama-nama lain untuk kuih Kapal Terbang:
-
Kuih lapis
-
Lidah kucing (Perak)
-
Kereta angin (Perlis)
-
Lidah buaya (Negeri Sembilan) |
|