CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Antara Sekolah-sekolah Tertua di Kedah
- Sekolah -Sekolah Yang Wujud Selepas Kedatangan Inggeris
Mula 7-12 Akhir
Sekolah Rendah Dato' Wan Muhammad Saman

Sekolah ini didirikan pada tahun 1912 dengan nama Sekolah Melayu Tandop. Ketika ini ia hanya mempunyai sebuah bangunan sementara yang beratap nipah. Jumlah muridnya adalah seramai 60 orang dengan 3 orang guru termasuk seorang guru besar iaitu Cikgu Mohamad Shariff.

Pada tahun 1955, sebuah bangunan tambahan telah didirikan. Bangunan yang mengandungi lima buah bilik darjah bertujuan untuk menampung kekurangan bilik darjah akibat kemasukan pesat murid-murid. Pada pertengahan tahun 1955, dengan usaha Lembaga Pendidikan dan dibantu oleh Pejabat Pelajaran Negeri, bangunan yang sedia ada dan lengkap dengan dinding dan beratap nipah ini telah digantikan dengan zink dan seterusnya sekolah ini juga telah dicat.

Pada 29 Januari 1961, seramai 3 orang guru agama ditempatkan di sekolah ini. Pada tahun ini juga sekolah ini telah mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan membaca Al-Quran.

Pada tahun 1969, untuk mengatasi beberapa kekurangan yang dihadapi oleh sekolah ini kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan tambahan yang lengkap dengan kantin, tempat letak basikal, tandas, pejabat guru besar dan setor.

Pada tahun 1971, kerajaan telah memulakan pembinaan bangunan tambahan untuk menampung kemasukan pesat murid-murid. Bangunan ini siap pada tahun 1973. Seramai 900 orang pelajar telah dapat bersekolah di waktu pagi. Persekolahan sesi petang yang dijalankan sebelum ini telah ditamatkan.

Sepanjang kewujudan sekolah ini selama lebih setengah abad, ia telah menggunakan berbagai-bagai nama iaitu dari Sekolah Melayu Tandop, kemudian Sekolah Umum Tandop, Sekolah Kebangsaan Tandop dan akhirnya Sekolah Kebangsaan Dato Wan Mohamad Saman ini telah mengeluarkan ramai murid-murid yang berjaya.

Bibliografi
Penghargaan
     
 

Gambar ini menunjukkan sebahagian daripada pelajar dan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Muhammad Saman diambil di hadapan sekolah (bangunan asal) pada tahun 1949
 
     
 
   
 
| Sekolah Perempuan Seberang Perak | Sekolah Kebangsaan Seri Amar DiRaja | Kolej Sultan Abdul Hamid | Maktab Mahmud Putera & Maktab Mahmud Puteri | Sekolah Melayu Titi Gajah | Sekolah Menengah Keat Hwa | Sekolah Rendah Dato' Wan Muhammad Saman | Sekolah Menengah Ibrahim | Sekolah Menengah Sultanah Asma | Sekolah Kebangsaan Hosba | St. Nicholas Convent | Sekolah Menengah St. Michael |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 April 2024