Hotel Holiday Villa
Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar ini merupakan sebuah lagi mercu tanda yang terdapat di Kota Setar. Holiday Villa terletak bersebelahan dengan pusat utama membeli belah City Plaza. Hotel ini merupakan satu-satunya hotel yang bertaraf 4 bintang di Kedah yang mempunyai sebanyak 161 bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain dan telah dibuka pada bulan Mei 1997. |