CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Antara Sekolah-sekolah Tertua di Kedah
- Sekolah -Sekolah Yang Wujud Selepas Kedatangan Inggeris
Mula 6-12 Akhir
Sekolah Menengah Keat Hwa

Sekolah Menengah Keat Hwa telah ditubuhkan pada tahun 1911 oleh beberapa orang tokoh Cina di bawah pimpinan Encik Tan Eng Tan. Buat permulaan sekolah ini menumpang di Bangunan Persatuan Hokkien dengan 100 orang pelajar. Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Cina. Tujuan penubuhan sekolah ini adalah untuk menampung keperluan pelajaran Cina di negeri ini. Ekoran sekolah ini mencapai kemajuan yang cepat, sebuah bangunan baru telah dibeli di Kampung Perak. Bagaimanapun pendudukan Jepun telah mengakibatkan sekolah ini tidak dapat menjalankan pelajarannya sementara bangunan ini telah digunakan untuk tujuan ketenteraan Jepun.

Pada tahun 1952, sebuah bangunan telah dibina di Kampung Baru mengandungi 22 kelas, sebuah dewan, sebuah perpustakaan dan sebuah asrama. Bangunan di Kampung Baru digunakan oleh murid-murid bahagian menengah dan manakala bahagian rendah di Kampung Perak.

Dalam tahun 1958, bahagian menengah dan rendah di kenali sebagai Hwa Keow Secondary School. Ia menerima bantuan penuh kerajaan pada tahun 1962 dan menukar namanya kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa pada tahun 1963. Kemajuan yang dicapai tahun demi tahun mengakibatkan pertambahan bilangan penuntut. Oleh itu sebuah bangunan baru telah dibina di Jalan Kuala Kedah.

Hari ini Sekolah Menengah Keat Hwa telah mencapai kemajuan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum seperti St. John, Pengakap, Pandu Puteri dan Drum Corps.

Bibliografi
Penghargaan
     
 

Gambar ini menunjukkan bangunan asal Sekolah Menengah Keat Hwa di Jalan Kampung Baharu yang kini digunakan oleh Sekolah Menengah Keat Hwa 11

Gambar ini menunjukkan sebahagian daripada bangunan Sekolah Menengah Keat Hwa
 
     
 
   
 
| Sekolah Perempuan Seberang Perak | Sekolah Kebangsaan Seri Amar DiRaja | Kolej Sultan Abdul Hamid | Maktab Mahmud Putera & Maktab Mahmud Puteri | Sekolah Melayu Titi Gajah | Sekolah Menengah Keat Hwa | Sekolah Rendah Dato' Wan Muhammad Saman | Sekolah Menengah Ibrahim | Sekolah Menengah Sultanah Asma | Sekolah Kebangsaan Hosba | St. Nicholas Convent | Sekolah Menengah St. Michael |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 April 2024