CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Sejarah Pentadbiran Negeri Kedah
- Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (Kedah Civil Service)
Mula 5-7 Akhir
Pejabat Daerah Dan Perbendaharaan

Pejabat Daerah

  • Kesemua pejabat daerah masing-masing bertanggungjawab terus kepada SKN di pejabat Setiausaha Kerajaan. Pada setiap daerah, Pejabat Daerah ditubuhkan dan lazimnya lokasinya di Ibu Pejabat Daerah.
  • Pentadbiran ini diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir yang dikenali sebagai Pegawai Daerah (D.O). Sebelum tahun 1948, negeri Kedah mempunyai 9 buah daerah sahaja tetapi menjadi 10 buah apabila daerah Sik ditubuhkan. Sebelum itu, Sik menjadi sebahagian daripada daerah Baling. Pegawai Daerah dibantu oleh Penolong Pegawai Daerah.

Pencantuman pentadbiran daerah dengan tanah membawa kesan yang kurang menggalakkan kepada Pejabat Daerah dan daerah itu sendiri. Dengan itu, beban tugas terpaksa dipikul oleh seorang pegawai sahaja sepertimana yang lazimnya dipikul oleh dua orang pegawai. Kelemahan penyatuan ini memang nyata. Daerah-daerah seperti Yan, Sik, Lngkawi dan Padang Terap bidang tugasnya begitu meluas sehingga Pegawai Daerah tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada pentadbiran tanah. Lazimnya, Pegawai Daerah menumpukan kepada urusan mahkamah dan perbendaharaan.

Pejabat Perbendaharaan

Ia bertanggungjawab dalam mentadbir kewangan negeri dan menentukan supaya semua hasil pungutan cukai yang dibuat oleh pejabat-pejabat Kerajaan sampai ke Perbendaharan. Ketidakcekapan akan membawa kepada bencana (muflis) seperti yang pernah terjadi pada tahun-tahun 1900 apabila hasil negeri banyak telah menyeleweng daripada sampai ke Perbendaharaan. Akibatnya negeri Kedah telah menjadi muflis dan telah berhutang kepada Siam. Cara organisasinya melibatkan 3 orang pegawai iaitu:

  1. Pegawai Kewangan Negeri
  2. Bendahari

Tugas-tugas

  • Pegawai Kewangan Negeri bertugas untuk menyelaraskan seluruh pentadbiran kewangan negeri.
  • Bendahari negeri pula mengawal aliran keluar masuk wang dari dan ke Perbendaharaan.
  • Manakala Juruaudit pula memastikan penggunaan wang di peringkat pejabat, jabatan atau ibu pejabat tidak menyeleweng.
  • Pada tahun 1948, jawatan Juruaudit telah dikeluarkan daripada senarai K.C.S. sebab jawatan itu memerlukan kelayakan professional sedangkan K.C.S. mementingkan kelayakan umum.

Lain-lain Institusi / Jabatan Kerajaan

  • Pentadbiran dalam jabatan-jabatan dalam kumpulan ini tidak tetap. Ia berubah mengikut masa.
Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
| Perkidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S) | Sistem Dan Kuasa Pentadbiran Dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S) | Fungsi-Fungsi Jabatan Dan Tanggungjawab | Pejabat Tanah | Pejabat Daerah Dan Perbendaharaan | Penyusunan Pegawai Tadbir Negeri Kedah | Kekuasaan Dalam K.C.S |
 
 
   
 
 
     
 
     
21 May 2024