|
Rombong
Rombong atau lebih dikenali sebagai Kembal oleh orang Melayu Kedah merupakan bakul kandung diperbuat daripada pandan atau mengkuang, berbucu lapan atau enam, pelbagai saiz, bertutup sarung yang sama bentuk dengan badannya. Ia biasanya digunakan untuk menyimpan padi atau peralatan jahitan dan kadang kala digunakan untuk menyimpan pakaian bayi bagi bakul kandung yang lebih besar.
|
|