CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Sejarah Pentadbiran Negeri Kedah
- Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (Kedah Civil Service)
Mula 4-7 Akhir
Pejabat Tanah

Pentadbiran diketuai oleh seorang pegawai digelar "Pengarah Tanah". Terdapat cawangan-cawangan Pejabat Tanah di seluruh Negeri Kedah dan setiap cawangan ditadbir oleh seorang pegawai bergelar "Pegawai Tanah". Tiap-tiap cawangan di negeri Kedah berkhidmat dan bertanggungjawab kepada Pejabat Tanah Alor Setar yang menjadi ibu pejabat kepada pentadbiran tanah.

Tugas-Tugas Di Ibu Pejabat

Pengarah Tanah dibantu oleh sekumpulan pegawai yang digelar sebagai Penolong Pengarah Tanah. Bilangan ini bergantung kepada beban kerja di ibu pejabat. Sehingga merdeka hanya terdapat 2 orang sahaja iaitu:

  1. Penolong Pertama Pengarah Tanah
  2. Penolong Kedua Pengarah Tanah

Tugas-Tugas Di Peringkat Daerah

Sehingga 1957, ada 10 buah Pejabat Tanah di negeri Kedah. Dasar penubuhan berlandaskan kepada daerah-daerah yang wujud iaitu daerah Kota Star, Kuala Muda, Baling, Kubang Pasu, Kulim, Bandar Baharu, Langkawi, Yan, Sik dan Padang Terap.

Di peringkat daerah tidak semua cawangan Pejabat Tanah diketuai oleh Pegawai Tanah, Kawasan-kawasan seperti Langkawi, Yan, Sik dan Padang Terap dikendalikan secara bersama oleh pegawai-pegawai KCS yang bertugas di Pejabat Daerah dalam daerah-daerah tersebut. Mereka ini dikenali sebagai Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah.

Sebelum tahun 1909, penubuhan Pejabat Tanah tidak semestinya mengikut daerah, ia ditubuhkan mengikut keperluan setempat bergantung kepada keperluan dan kegunaan tanah pada ketika itu.

Apabila Inggeris campurtangan dalam urusan pentadbiran negeri Kedah, ia telah beransur-ansur mencantumkan pentadbiran daerah dan tanah. Maka Pejabat Tanah dipindahkan ke Ibu Pejabat Daerah dan bagi daerah-daerah yang dirasakan tidak perlu ditubuhkan Pejabat Tanah, urusan tanahnya dijaga bukannya dikawal. Ini adalah langkah pertama percantuman tersebut. Langkah Inggeris dapat dilihat dari dua sudut iaitu:

  1. Untuk mengurangkan kos kerajaan
  2. Kerjasama antara urusan daerah dan tanah memang mudah dilakukan.
Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
     
 
   
 
| Perkidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S) | Sistem Dan Kuasa Pentadbiran Dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S) | Fungsi-Fungsi Jabatan Dan Tanggungjawab | Pejabat Tanah | Pejabat Daerah Dan Perbendaharaan | Penyusunan Pegawai Tadbir Negeri Kedah | Kekuasaan Dalam K.C.S |
 
 
   
 
 
     
 
     
21 May 2024