CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Antara Sekolah-sekolah Tertua di Kedah
- Sekolah -Sekolah Yang Wujud Selepas Kedatangan Inggeris
Mula 4-12 Akhir
Maktab Mahmud Putera & Maktab Mahmud Puteri

Maktab Mahmud Putera berasal daripada sebuah sekolah Arab Ugama iaitu Madrasah Hamidiah, nama yang diambil sempena nama DYMM Sultan Abdul Hamid yang memerintah Kedah ketika itu. Madrasah Hamidiah ini diasaskan pada tahun 1908 oleh Tuan Sheikh Haji Wan Sulaiman bin Haji Wan Siddik iaitu Kadi Besar Negeri Kedah ketika itu. Guru besar yang pertama ialah Tuan Haji Yasin bin Mohamad Tahir. Bangunannya bertempat di Limbong Kapal. Pada tahun 1937, penuntut-penuntut madrasah ini telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Simpang Kuala. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin dan menukar nama kepada Almaahadul Mahmud iaitu sempena nama Tunku Mahmud (Rejent dan President State Consul Negeri Kedah), pengasas bagi bangunan baru ini.

Maktab Mahmud Puteri ini pula berasal daripada sebuah sekolah Arab iaitu Attarbiatul Banat. Madrasah ini diasaskan oleh Tuan Haji Saad bin Said pada awal tahun 1948 di rumahnya di Kota Tanah. Tuan Haji Saad merupakan bekas guru Maktab Mahmud dan bekas kadi besar Negeri Kedah. Pada awal tahun 1958, sekolah ini telah berpindah ke bangunan barunya di Jalan Pegawai dan menukar nama kepada Madrasah Attarbiatul Islamiah. Pada tahun 1968, Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak bin Datuk Hussin telah menyampaikan bantuan untuk membina bangunan baru bagi sekolah ini. Pada 25hb April 1969, Yang Amat Berhormat Tun telah merasmikan pembukaan bangunan baru itu.

Kedua-dua sekolah ini berada di bawah pentadbiran pengetua dan lembaga pengelola yang berasingan. Kedua-dua sekolah ini menjalankan pelajaran Ugama mengikut sukatan pelajaran Malaysia sendiri di samping sukatan dari Timur Tengah. Pada 1hb Januari 1973, kedua-dua sekolah ini telah diletakkan di bawah satu lembaga pentadbiran dan seorang pengetua. Nama Maktab Mahmud ditukar kepada Maktab Mahmud Putera manakala Attarbiatul Islamiah kepada Maktab Mahmud Puteri.

Bibliografi
Penghargaan
     
 

Gambar ini menunjukkan sebahagian daripada bangunan Maktab Mahmud

Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (Rejent dan President State Consul Negeri Kedah) merupakan pengasas Maktab Mahmud

Gambar perletakan batu asas penubuhan maktab mahmud oleh D.Y.M.M. Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (Rejent dan President State Consul Negeri Kedah)

Tuan Haji Ismail Bin Hashim, johan musabaqah peringkat kebangsaan sebanyak sembilan kali dan lapan kali di peringkat antarabangsa merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud
 
     
 
   
 
| Sekolah Perempuan Seberang Perak | Sekolah Kebangsaan Seri Amar DiRaja | Kolej Sultan Abdul Hamid | Maktab Mahmud Putera & Maktab Mahmud Puteri | Sekolah Melayu Titi Gajah | Sekolah Menengah Keat Hwa | Sekolah Rendah Dato' Wan Muhammad Saman | Sekolah Menengah Ibrahim | Sekolah Menengah Sultanah Asma | Sekolah Kebangsaan Hosba | St. Nicholas Convent | Sekolah Menengah St. Michael |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 April 2024