|
Nyiru
Nyiru diperbuat daripada buluh, beranyam gadas, bahagian tepi bingkai dihias anyam tulang belut, asalnya digunakan sebagai menampi padi dan tempat menjemur ikan kini dijadikan sebagai hiasan dinding. Gambar hiasan telah diambil di Kampung Tengah, Telok Bagan, Kedah. Masyarakat kampung ini yang dahulunya amat gemar menjalankan kerja-kerja menganyam kini terpaksa mengurangkan aktiviti ini kerana bahan-bahan asas seperti mengkuang dan buluh semakin berkurangan.
|
|