|
Bakul Bentuk Unsur Alam
Berbentuk buah (buah nona atau durian belanda) digunakan untuk upacara semangat padi. Semasa padi telah masak dan masih lagi di dalam petak upacara ini akan dijalankan. Masyarakat Kedah pada masa dahulu percaya jika upacara ini dijalankan, padi akan menjadi dan hasilnya akan bertambah pada musim akan datang. Masyarakat Melayu Kedah amat menghormati upacara semangat padi ini. Bakul bentuk unsur alam ini merupakan anyaman tiga dimensi.
|
|