CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Sejarah Pentadbiran Negeri Kedah
- Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (Kedah Civil Service)
Mula 3-7 Akhir
Fungsi-Fungsi Jabatan Dan Tanggungjawab

Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK)

Dikendalikan oleh SKN. Ia merupakan nadi dan ibu pejabat pentadbiran negeri keseluruhannya. Ia juga berfungsi untuk mengatur, menyelaras dan mengurus perjalanan keempat-empat pejabat utama dalam sistem pentadbiran K.C.S. Setiausaha Kerajaan Negeri dibantu oleh pegawai-pegawai K.C.S. yang digelar sebagai "Penolong Setiausaha Kerajaan" (Assistant State Secretary). Bilangan Penolong Setiausaha Kerajaan ditentukan oleh beban kerja yang ditanggung dan dipikul oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Sebelum 1950-an pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hanya ada 2 orang penolong iaitu "Under Secretary" dan "Second Under Secretary". Selepas itu, seorang lagi dilantik dengan gelaran "Penolong Setiausaha Kerajaan Cawangan Perkhidmatan".

  1. Setiausaha Kerajaan Negeri
  2. Penolong Setiausaha Kerajaan I
  3. Penolong Setiausaha Kerajaan Cawangan Perkhidmatan
  4. Penolong Setiausaha Kerajaan III

Selepas tahun 1958, gelaran Under Secretary telah diubah menjadi Penolong Setiausaha I, manakala Second Under Secretary diubah menjadi Penolong Setiausaha Kerajaan III. Perubahan taraf Second Under Secretary kepada Penolong Setiausaha Kerajaan III adalah disebabkan oleh beban jawatan Penolong S.K.N. Cawangan Perkhidmatan yang baru ditubuhkan itu lebih tinggi daripadanya. Oleh yang demikian, Penolong S.K.N. I berada di peringkat paling tinggi dan Penolong S.K.N. III berada di tingkat bawah.

Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
     
 
   
 
| Perkidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S) | Sistem Dan Kuasa Pentadbiran Dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S) | Fungsi-Fungsi Jabatan Dan Tanggungjawab | Pejabat Tanah | Pejabat Daerah Dan Perbendaharaan | Penyusunan Pegawai Tadbir Negeri Kedah | Kekuasaan Dalam K.C.S |
 
 
   
 
 
     
 
     
22 May 2024