CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Antara Sekolah-sekolah Tertua di Kedah
- Sekolah -Sekolah Yang Wujud Selepas Kedatangan Inggeris
Mula 3-12 Akhir
Kolej Sultan Abdul Hamid

Merupakan Sekolah Inggeris yang pertama ditubuhkan iaitu pada 8hb Disember 1908 dengan nama Sekolah Inggeris Kerajaan ataupun Government English School (G.E.S.). Penempatan asalnya ialah berhampiran Balai Nobat.

Pertambahan pelajar dari semasa ke semasa menyebabkan sekolah ini dibahagi kepada 2 kelas dan seterusnya berpindah ke bangunan belakang Balai Polis Alor Setar. Pada tahun 1917, ia berpindah ke Jalan Langgar dan kekal hingga sekarang dan menukar namanya kepada Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1935. Pengasas sekolah ini ialah En. Mohamad bin Iskandar yang juga merupakan pengetua yang pertama.

Kolej Sultan Abdul Hamid telah berjaya melahirkan ramai tokoh terkenal sama ada dari segi politik, perniagaan, kesusasteraan, pentadbiran dan sebagainya. Antaranya ialah DYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah ketika ini, Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Datuk Awang Had Salleh, Tan Sri Ghazali Ismail dan ramai lagi tokoh terkenal.

Bibliografi
Penghargaan
     
 

Gambar ini menunjukkan sebahagian daripada bangunan asal Kolej Sultan Abdul Hamid

Encik Mohamad Bin Iskandar merupakan guru besar pertama Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga adalah bapa kepada perdana menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah adalah di antara bekas penuntut Kolej Sultan Abdul Hamid
 
     
 
   
 
| Sekolah Perempuan Seberang Perak | Sekolah Kebangsaan Seri Amar DiRaja | Kolej Sultan Abdul Hamid | Maktab Mahmud Putera & Maktab Mahmud Puteri | Sekolah Melayu Titi Gajah | Sekolah Menengah Keat Hwa | Sekolah Rendah Dato' Wan Muhammad Saman | Sekolah Menengah Ibrahim | Sekolah Menengah Sultanah Asma | Sekolah Kebangsaan Hosba | St. Nicholas Convent | Sekolah Menengah St. Michael |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 April 2024