Raga Batang
Ia merupakan salah satu bekas mengisi ikan dibawa semasa pergi menangkap ikan. Ia terdapat dalam berbagai-bagai saiz sama ada kecil mahupun besar. Selalunya dibawa bersama-sama semasa menjala, manangkul, menyerkap, menimba dan lain-lain lagi. Bekas ini boleh digalas dan mengisi ikan dengan banyak.
"Raga batang" diperbuat daripada buluh beting atau buluh duri. Ia juga menggunakan rotan dan akar jalin belat sebagai pengikat. Penutup mulut "raga batang" biasanya diperbuat daripada papan.
Ikan yang dibubuh ke dalam "raga batang" tidak mudah mati kerana bilah buluh yang dijalin jarang boleh direndam di dalam air. |