|
Menara Jam Besar, Alor Setar
Menara jam ini telah dibina pada tahun 1912. Pada zaman dahulu, jam ini akan berbunyi setiap kali masuknya waktu sembahyang fardhu. Dari segi reka bentuknya, terdapat dua unsur yang digabungkan menjadi satu iaitu:-
Unsur Islam :- Dapat dilihat dari segi struktur kubah menara serta lambang bulan sabit serta ukiran disekeliling menara dan
Unsur Hindu :- Terdapat di bahagian bawah menara, ukirannya juga melambangkan unsur Hindu terutama pada bahagian pintu masuknya. |
|