CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penangkapan Ikan Air Tawar Cara Tradisional
- Alat Penangkapan IkanTradisional
Mula 12-19 Akhir
Taut

Merupakan alat yang mudah untuk menangkap ikan dan mahsyur di kalangan kaum petani. Bentuknya seperti bok kail atau joran tetapi bersaiz kecil. "Taut" biasanya dibuat dalam kuantiti yang banyak lebih kurang 30 batang sehingga 100 batang bertujuan untuk ditahan/dipasang dengan cara mencacak di tepi-tepi batas di sekitar kawasan bendang. Ia digunakan ketika air bendang ditakung atau semasa padi bunting. Fokus tangkapannya hanya pada ikan haruan atau keli sahaja.

Terdapat 2 cara "taut" dikendalikan iaitu dijaga pada setiap masa, ditahan dan dijenguk pada masa-masa yang tertentu sahaja. Adakalanya "taut" dipasang sepanjang malam dan dijenguk pada keesokan harinya. Apabila ikan mengena ia akan dikutip dan diletak umpan semula.

Ada teknik tersendiri untuk "mentaut" ikan. Sekiranya untuk mendapatkan ikan keli umpan "taut" biasanya cacing dibiarkan tenggelam ke dalam air. Untuk mendapatkan ikan haruan, mata kail berumpankan anak ikan sepat akan digantung sehingga tenggelam ridipnya sahaja. Sekiranya berumpankan katak, dibiarkan berlompatan di atas permukaan air. Ikan haruan yang makan umpan bersifat menyambar akan mengena.

"Taut" dipasang dengan tali hujungnya sepanjang sekaki dan diperambut dengan mata kail yang agak besar saiznya. Batangnya diperbuat daripada buluh beting atau buluh duri. Batang "taut" biasanya lebih besar daripada hujungnya yang diraut nipis sehingga boleh dilenturkan bagaikan "spring". Pangkalnya ditajamkan untuk senang dipacakkan ke dalam tanah.

Penghargaan
     
 

 
     
 
   
 
| Serkap | Jala | Tangkul | Bubu Tempang | Bubu | Ran Candik | Menimba | Jut | Belat | Memancing | Sempila | Taut | Penyauk | Tiruk Dan Serampang | Mengelau | Raga Telur Buaya | Raga Kok | Raga Batang | Masakan Ikan Darat |
 
 
   
 
 
     
 
     
26 April 2024