CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Antara Sekolah-sekolah Tertua di Kedah
- Sekolah -Sekolah Yang Wujud Selepas Kedatangan Inggeris
Mula 11-12 Akhir
St. Nicholas Convent

Sekolah ini dibuka pada bulan Februari 1934 bertempat di sebuah rumah di Lorong Merpati. Pada tahun pertama ia dibuka, sekolah ini hanya mempunyai 52 orang murid sahaja. Ianya khusus untuk kanak-kanak perempuan bukan Melayu. Bangunan kedua sekolah ini ialah di Jalan Kanchut dan pada waktu ini ia berada di bawah pentadbiran Cik Lawrence. Apabila pelajar bertambah ramai, ia berpindah ke tempat sekarang iaitu di Jalan Tunku Abdul Halim, Kampung Bahru. Ketika ini guru besarnya ialah Cik P. Woon.

Selepas 1958, sekolah ini menjadi sekolah bantuan penuh kerajaan. Sekolah ini berkongsi bangunan yang sama untuk bahagian rendah dan menengah dan mempunyai guru besar yang sama. Hanya selepas tahun 1963, tiap-tiap bahagian mempunyai guru besar berlainan dan guru besar pertama untuk bahagian rendah ialah Cik M. Sibert. Kini sekolah rendah dijalankan di sebelah petang.

Bibliografi
Penghargaan
     
 

Gambar ini menunjukkan bangunan Sekolah Menengah St. Nicholas Convent
 
     
 
   
 
| Sekolah Perempuan Seberang Perak | Sekolah Kebangsaan Seri Amar DiRaja | Kolej Sultan Abdul Hamid | Maktab Mahmud Putera & Maktab Mahmud Puteri | Sekolah Melayu Titi Gajah | Sekolah Menengah Keat Hwa | Sekolah Rendah Dato' Wan Muhammad Saman | Sekolah Menengah Ibrahim | Sekolah Menengah Sultanah Asma | Sekolah Kebangsaan Hosba | St. Nicholas Convent | Sekolah Menengah St. Michael |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 April 2024