CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Menteri Besar Kedah
- Menteri Besar Kedah Keenam
Mula 2-2 Akhir
Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Bin Haji Aroff

Nama sebenar beliau ialah Osman @ Md. Daud Bin Aroff. Beliau dilahirkan pada 23 November 1940 di Kampung Kelubi, Jitra, Kedah. Walaupun keluarga beliau hanyalah dari golongan petani, bapanya Allahyarham Haji Aroff juga bergiat dalam arena politik sebagai ahli SEBERKAS.

Beliau telah berkahwin dalam bulan April 1968 dengan Puan Sri Azizah Binti Haji Abdul Hamid dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan. Sejak tahun 1955 lagi, beliau telah menceburi dalam bidang politik dan telah dipilih menjadi Setiausaha UMNO Cawangan Tanah Merah, Jitra pada tahun 1959. Dalam dua tahun kemudian, beliau merupakan seorang daripada pengasas penubuhan UMNO Bahagian Jitra serta Ketua Pemuda UMNO yang pertama.

Seterusnya beliau mula bergiat dengan aktifnya dalam arena politik sejak tahun 1969 hinggalah sekarang. Sejak tahun 1972, beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO). Beliau telah bertanding dalam Pilihanraya Umum 1974 dan menang. Seterusnya beliau telah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Jitra dengan memenangi dalam Pilihanraya Umum 1978 dan 1982.

Pada tanggal 28 Januari 1985, beliau telah diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan Menteri Besar Kedah yang ke-6. Di atas jasa bakti yang telah beliau berikan, beliau telah dianugerahkan dengan bintang kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri, Bintang Kebesaran Setia DiRaja Kedah (SSDK), Darjah Halim Muadzam Shah (DHMS), Johan Mangku Negara (JMN) dan Jaksa Pendamai (JP).

Penghargaan
     
 

Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Aroff bergambar bersama Y.A.B Dato' Seri Syed Nahar selepas Majlis Perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Aroff bergambar bersama keluarga di kediaman beliau.

Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Aroff ketika menerima warkah perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 28 Januari 1985.

Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Aroff bersama rakyat turun ke bendang untuk menangkap ikan di Majlis SEMARAK yang diadakan di Sik, Kedah.

Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Aroff bergambar bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.
 
     
 
   
 
| Menteri Besar Kedah Keenam | Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Bin Haji Aroff |
 
 
   
 
 
     
 
     
08 May 2024