CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Antara Sekolah-sekolah Tertua di Kedah
- Sekolah -Sekolah Yang Wujud Selepas Kedatangan Inggeris
Mula 2-12 Akhir
Sekolah Kebangsaan Seri Amar DiRaja

Sekolah Melayu Alor Merah ataupun kini lebih dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Seri Amar DiRaja telah didirikan pada tahun 1907. Guru besarnya yang pertama ialah Cikgu Arsyad. Bangunan sekolah ini terletak di pinggir jalan raya dan bertentangan dengan masjid yang ada sekarang. Bangunan ini diperbuat daripada kayu dan berbumbung atap.

Sekolah ini merupakan yang kedua didirikan di Alor Setar. Ramai di antara murid-muridnya adalah anak-anak raja dan pembesar. Di antara bekas murid sekolah ini ialah Sultan Kedah sekarang iaitu DYMM Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Sekitar tahun 1913, sekolah ini yang mempunyai kira-kira 100 orang pelajar telah mendapat tapak sekolah yang baru dan seterusnya sebuah bangunan telah didirikan. Bangunan ini telah dibuka pada tahun 1937 iaitu ketika Tuan Stowell menjadi Penguasa Pelajaran. Ketika ini Tuan Stowell telah berjaya mendirikan sebuah kedai di dalam kawasan sekolah yang bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar Melayu berniaga.

Pada tahun 1946 bilangan murid-murid yang semakin bertambah menyebabkan guru besar ketika itu Tuan Haji Ismail bin Yahaya bersama Lembaga Didikan Sekolah berusaha mendirikan bangunan tambahan melalui kutipan wang waris pelajar. Apabila pelajar semakin ramai pada tahun 1956, kerajaan terpaksa membangunkan sebuah bangunan lagi yang mengandungi enam buah bilik darjah.

Bagaimanapun menjelang tahun 1962, bilangan pelajar sekolah ini didapati merosot akibat ibu bapa menghantar anak-anak mereka terus ke sekolah Inggeris. Fenomena ini menyebabkan guru besar ketika itu, Cikgu Wan Yahya bin Wan Harun bersama guru-guru dan Ahli Lembaga Sekolah berusaha sedaya upaya untuk membaiki keadaan ini.

Pada tahun 1972, Sekolah Kebangsaan Alor Merah Perempuan dicantumkan dengan Sekolah Kebangsaan Alor Merah Lelaki. Pentadbirannya diperbaiki. Pada tahun 1973, sebuah bangunan baru yang lengkap dengan kantin dan tempat menyimpan basikal didirikan. Pada tahun ini juga sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Amar Diraja. Kini sekolah ini mencapai graf kemajuan yang tinggi terutama dalam bidang akademik.

Bibliografi
Penghargaan
     
 

Gambar ini menunjukkan bangunan asal Sekolah Kebangsaan Seri Amar Diraja
 
     
 
   
 
| Sekolah Perempuan Seberang Perak | Sekolah Kebangsaan Seri Amar DiRaja | Kolej Sultan Abdul Hamid | Maktab Mahmud Putera & Maktab Mahmud Puteri | Sekolah Melayu Titi Gajah | Sekolah Menengah Keat Hwa | Sekolah Rendah Dato' Wan Muhammad Saman | Sekolah Menengah Ibrahim | Sekolah Menengah Sultanah Asma | Sekolah Kebangsaan Hosba | St. Nicholas Convent | Sekolah Menengah St. Michael |
 
 
   
 
 
     
 
     
30 April 2024