CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Antara Sekolah-sekolah Tertua di Kedah
- Sekolah -Sekolah Yang Wujud Selepas Kedatangan Inggeris
Mula 1-12 Akhir
Sekolah Perempuan Seberang Perak

Sekolah ini dibuka pada 23hb November 1907 oleh Ku Yahya bin Ku Zainal Abidin, Penguasa Pelajaran Kedah yang pertama. Pada mulanya sekolah ini menggunakan sebuah rumah yang disewa di Jalan Baharu (kini Jalan Putera). Guru pertama yang mengajar ialah Che Aminah dari Pulau Pinang. Pada hari pertama hanya terdapat 5 orang murid sahaja. Pelajaran yang diajar ialah menulis dan membaca Jawi, kira-kira, sulam-menyulam dan kait-mengait. Ini dijalankan di sebelah pagi sementara di sebelah petang pula diajar membaca Al-Quran.

Pada tahun 1908, sekolah ini ditutup beberapa minggu akibat serangan kolera. Seterusnya pada tahun 1911, gangguan pemuda-pemuda terhadap guru dan murid-murid menyebabkan sekolah ini terpaksa berpindah ke Kampung Perak. Perpindahan ini juga adalah kerana bangunan yang sedia ada terlalu buruk. Pada tahun 1914, sekolah ini berpindah ke Jalan Kanchut dan seterusnya ke Lorong Thean Kee pada tahun berikutnya. Sekolah ini kemudiannya berpindah pula ke Kota Tanah. Akhir sekali pada tahun 1926, ketika E.A.G. Stuart menjadi Penguasa Pelajaran Negeri, sekolah ini berpindah ke Seberang Perak dan kekal hingga kini.

Di antara yang pernah belajar di sini ialah Rafeah Mohamad dan Habsah Mohamad iaitu kakak kepada Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sementara Dr. Mahathir sendiri pula ialah bekas pelajar Sekolah Seberang Perak Lelaki.

Bibliografi
Penghargaan
     
 

Gambar ini menunjukkan sebahagian daripada bangunan asal Sekolah Perempuan Seberang Perak

Gambar ini menunjukkan sebahagian daripada bangunan asal Sekolah Seberang Perak Lelaki

Gambar ini menunjukkan sebahagian daripada bangunan Sekolah Perempuan Seberang Perak sekarang

Gambar ini menunjukkan pelajar-pelajar Sekolah Perempuan Seberang Perak bersama penyelia Sekolah Perempuan Kedah Cik M.B Lewis dan guru besar sekolah Inggeris Puan Tom Bt. Datuk Abdul Razak ini diambil pada tahun 1963

Dato' Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad merupakan bekas pelajar Sekolah Seberang Perak Lelaki
 
     
 
   
 
| Sekolah Perempuan Seberang Perak | Sekolah Kebangsaan Seri Amar DiRaja | Kolej Sultan Abdul Hamid | Maktab Mahmud Putera & Maktab Mahmud Puteri | Sekolah Melayu Titi Gajah | Sekolah Menengah Keat Hwa | Sekolah Rendah Dato' Wan Muhammad Saman | Sekolah Menengah Ibrahim | Sekolah Menengah Sultanah Asma | Sekolah Kebangsaan Hosba | St. Nicholas Convent | Sekolah Menengah St. Michael |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 April 2024