CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Kependudukan Siam di Kedah
- Agama Buddha & Kepercayaan Masyarakat Siam
Mula 1-1 Akhir
Agama Buddha

Di Kedah agama Buddha terbahagi kepada dua mazhab iaitu Theravada dan Mahayana. Kedua-dua mazhab tersebut mengamalkan 5 rukun asas agama Buddha iaitu:

  1. Dilarang membunuh benda hidup
  2. Dilarang berbohong
  3. Dilarang mencuri
  4. Dilarang berzina
  5. Dilarang minum arak atau mengambil dadah

Orang Siam yang beragama Buddha mempercayai adanya hidup dan penjelmaan semula sesudah kematian. Orang yang mati di rumah akan di simpan selama tiga hingga tujuh hari. Dalam kes kematian di luar rumah pula, mayat akan dibawa terus ke kuil dan di bakar dalam masa seminggu. Sesetangah orang Siam membakar mayat dalam binaan mereka yang direka indah. Upacara pembakaran mayat hanya dilakukan oleh golongan yang berada.

Selain itu, masyarakat Siam terkenal dengan tukang-tukang tiliknya. Mereka menggunakan satu set 32 kad. Sekeping kad diberikan kepada pelanggannya dan yang lain diletakkan di sekeliling kad itu dan menafsir susunannya. Cara tilik lain ialah membaca tapak tangan. Sekiranya tarikh lahir seseorang (terutamanya masa kelahiran) diketahui dan garis tapak tangan dibaca, masa depan seseorang dapat diramalkan. Garis-garis utama di tapak tangan dipercayai mewakili otak, jantung, hidup, nasib, kejayaan dan sebagainya. Coraknya pula mencerminkan hidup masa kini dan masa hadapan.

 
 
   
 
 
     
 
     
29 August 2014