CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Madu Lebah
- Hasil Daripada Lebah
Mula 1-4 Akhir
Madu Lebah

Madu berasal dari Nektal (cairan dalam bunga yang manis rasanya) yang dikumpul oleh Lebah Pekerja. Lebah mengumpul nektar dan debunga tetapi hanya nektar digunakan untuk membuat madu, manakala nektar melekat pada bulu-bulu kaki belakang lebah. Nektar di dalam perut lebah diangkut balik ke sarangnya. Nektar sebenarnya mengandungi larutan gula sebanyak lebih kurang 50% dan selebihnya adalah air.

Nektar akan dibiarkan tersejat di sarang untuk beberapa hari sehingga mencapai 83% kepekatannya. Setiap lubang sarang dilitupi oleh lapisan lilin. Proses penyejatan nektar dipercepatkan oleh pergerakan udara yang terhasil oleh pergerakan sayap lebah. Gula glukosa dan fruktosa yang terdapat di dalam madu adalah terlalu pekat menyebabkan sukar bagi kulat dan mikroorganisma untuk hidup di dalam sarang lebah.

Seekor lebah memerlukan 2 juta kuntum bunga untuk menghasilkan satu paun madu. Biasanya dalam sekali pemergian lebah mencari bunga, ia akan menghisap antara 50 hingga 100 kuntum bunga.

Biasanya madu akan dipungut pada bulan Disember sehingga bulan Mei tiap-tiap tahun. Warna madu lebah ditentukan oleh faktor musim, apabila pungutan madu pada musim panas akan menyebabkan warna madu akan menjadi gelap. Manakala sekiranya madu dipungut pada musim sejuk pula, warnanya akan berwarna agak cerah.

Kandungan Madu Lebah

     -   Air                                     16-25%
     -   Clevulose & Dextrose          75-83%
     -   Sukros                               5%
     -   Dextrin, Maltose & Gum       1-12%
     -   Galian                                0.25%
     -   Lain-lain                             28.75%

Kepekatan Madu Lebah

Kepekatan madu dipengaruhi oleh suhu, kandungan air dan sumber manisannya. Bau dan rasa madu bergantung kepada sumber tumbuhan di mana ia dipungut oleh lebah. Mutu madu dapat dilihat daripada warna, kejernihan, kekentalan dan rasa madu tersebut. Kejernihan madu dihasilkan melalui pengolahan yang baik dan tidak dicemari zat-zat lain.

Kepekatan madu pada dasarnya bergantung pada kematangan madu sewaktu pemungutan madu dilakukan. Madu yang matang (sel-sel madu yang telah tertutup) biasanya memberi kepekatan yang lebih berbanding dengan madu-madu yang belum matang dan jenis kandungan gulanya adalah paling tinggi sehingga 80%.

Khasiat Madu Lebah

Madu mengandungi fruktosa, pelbagai vitamin dan mineral. Kandungan fruktosa yang tinggi dalam madu amat baik untuk kesihatan kerana ia tidak meningkatkan kandungan gula dalam tubuh. Selain itu, madu juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral penting seperti vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, vitamin K, natrium, kalsium, magnesium, tembaga, zat besi, "lysozom" yang bersifat antibiotik dan asid amino bebas.

Madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah adalah "Penawar bagi pelbagai jenis penyakit". Ibnu Sina (Pakar Perubatan Islam, 980-1037 Masihi) telah menulis dalam bukunya "Qanun - Fit - Tib" telah menyebutkan "Berdozen-dozen aduan ubat yang menggunakan Madu Lebah".

Menguji Ketulinan Madu Lebah

Ketulinan madu atau tidak tulin boleh diuji dan disahkan mengenai ketulinannya melalui ujian-ujian makmal. Ini diakui oleh Jabatan Lebah Madu, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (Serdang), Selangor Darul Ehsan. Kandungan madu yang di uji adalah air, gula ringkas, gula kompleks, gula sukros, enzim, Ph. dan jenis debunga yang digunakan oleh lebah.

Cara-cara tersebut adalah seperti berikut :

Menguji Kepekatan Fizikal

  • Kuku tidak basah apabila dititiskan madu
  • Tidak telap di atas kertas apabila dititiskan madu keatasnya
  • Madu akan turun (menitik) meleleh tidak putus-putus apabila dicelup dengan jari dan ditarik.

Menguji Ragi

  • Buih tidak terkumpul di atasnya

Menguji Lilin

  • Berbau lilin apabila dibakar

Menguji Sifat Higroskopik

  • Merah telur akan masak apabila dicampur dengan madu asli
     
 

Madu asli yang berkualiti tinggi
 
     
 
   
 
| Madu Lebah | Madu Beku atau Berbuku-Buku | Lilin Lebah | Jeli Diraja |
 
 
   
 
 
     
 
     
23 July 2014