CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Warisan Pembuatan Emping dan Ringgi di Kedah
- Hidangan Emping Dan Ringgi
Mula 1-1 Akhir
Hidangan

Emping dan ringgi biasanya disimpan di dalam daun pisang muda supaya ia tahan lama serta berbau wangi. Bagi masyarakat Negeri Kedah, emping dan ringgi juga disimpan di dalam sebuah bekas yang dinamakan "enggak" iaitu bekas yang diperbuat daripada mengkuang dan dianyam berbentuk burung dan lain-lain bentuk lagi.

Menyentuh tentang citarasa, ringgi lebih enak dimakan berbanding emping kerana ia lebih beraroma. Emping dan ringgi biasanya dijadikan sebagai hidangan untuk sarapan pagi. Ia akan dicampur bersama kelapa parut, sedikit garam dan gula supaya rasanya lebih enak. Ringgi biasanya dimakan begitu sahaja bersama air kopi. Berbeza dengan ringgi, emping akan diramas terlebih dahulu supaya ia lebih lembut dan mudah dikunyah. Terdapat juga sesetengah masyarakat petani yang menyediakan hidangan emping bersama susu atau santan. Emping juga enak jika dibuat kerabu.

Emping mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan ringgi dari segi ketahanannya. Emping boleh disimpan hingga berbulan lamanya manakala ringgi hanya mampu disimpan selama kira-kira tiga atau empat hari sahaja.

Penghargaan
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024