CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Kependudukan Siam di Kedah
- Empayar Siam Ayudhya
Mula 1-1 Akhir

Kota Ayudhya berkembang pesat dan mula dikenali sebagai "Kota Siam" di kawasan sekitar dan barat. Pengaruhnya jauh ke selatan mengambil alih peranan Sukhothai, Kerajaan Siam di Perak (Gangga Negara), Johor (Khlangkeo) dan Pahang (Inderapura) yang mempunyai kaitan rapat dengan Ayudhya.

Kerajaan Melayu (TM1612) karangan Tun Seri Lanang menyebut bahawa negeri Ganggayu (Khlangkeo) dibina oleh orang Siam asli terletak di hulu sungai Johor. Kotanya diperbuat daripada batu hitam dan pemerintahnya, Raja Chulan sebagai raja besar, segala "raja di sebelah timur ini boleh dikatakan kesemuanya tertakluk kepada baginda". Kerajaan Siam Gangga Negara dan Khlangkeo telah ditakluki oleh Raja Benua Hindi dan kerajaannya di Pahang telah ditewaskan oleh Melaka. Walaupun gagal memberikan tarikh sebagai satu fakta sejarah, Tun Seri Lanang menegaskan bahawa Ganggayu ialah negeri Siam asli dan kotanya masih wujud semasa beliau menyiapkan buku tersebut.

Buku undang-undang Siam Kot Monthienraban (TM 1360) menyebut bahawa kerajaan taklukan Siam, dikenali sebagai kerajaan Wurawari terletak di Johor Tua Ganggayu/Khlangkeo. Para pengkaji sejarah hanya berbeza pendapat tentang nama kerajaan tersebut tetapi tidak menafikan tentang kewujudan kerajaan Siam asli di Johor. Ini membuktikan bahawa orang Siam telah lama berada di Semenanjung Tanah Melayu, menjalani kehidupan berkerajaan secara aman dan berperang dengan pihak lain, terutama Melaka. Kehidupan mereka juga bercampur baur dengan kerajaan Melayu lain seperti Pattani, Kelantan, Kedah dan lain-lain sama ada di bawah pengaruh Ayudhya atau tidak.

Bibliografi
Penghargaan
 
 
   
 
 
     
 
     
27 April 2024