CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Wayang Kulit Seri Asun
- Sejarah Penubuhan
Mula 1-1 Akhir

Perkumpulan wayang kulit Seri Asun telah ditubuhkan pada tahun 1966. Pengasanya ialah Encik Mohd Noh Bin Haji Mahmud. Beliau bukan sahaja bertindak sebagai pemimpin tetapi juga sebagai dalang kepada kumpulan tersebut. Pada peringkat awalnya, kumpulan ini mempunyai 12 orang ahli termasuk Encik Mohd. Noh sendiri dan dua orang anaknya iaitu Encik Abdul Majid Bin Mohd Noh dan Encik Mihad Bin Mohd Noh.

Nama kumpulan Seri Asun ini adalah diilhamkan oleh Allahyarham Encik Johari Bin Salleh iaitu bapa kepada yang Berhormat Dato' Zainal Abidin Johari, Exco Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Sik pada aketika itu.

Nama Wayang Kulit Seri Asun diambil sempena nama sebuah pekan iaitu Asun yang terletak berdekatan dengan Kampung Kunluang.

Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun ini kadang-kadang disebut juga Wayang Kulit Gedek. Menurut pengasasnya Pak Noh, "Gedek" itu ialah sejenis wayang kulit yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979.

Apa yang difahamkan dengan perkataan "gedek" ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar.

Perbezaan di antara wayang kulit gedek dengan wayang kulit di Kelantan atau wayang kulit Jawa adalah dari segi bahasa yang digunakan, bentuk-bentuk patung, nama-nama patung dan juga bentuk cerita yang disampaikan. Dari segi bahasa, wayang kulit gedek menggunakan bahasa Melayu Kedah longhat Siam.

Bentuk patung wayang kulit gedek di Kedah telah dimodenkan dan disesuaikan dengan suasana tempat dan masyarakat. Namun begitu nama-nama patung terutamanya patung lawak bagi Wayang Kulit Gedek Seri Asun dikekalkan dengan nama Siam.

Setelah Pak Noh meninggal dunia, tempat beliau telah diambil alih oleh anaknya iaitu Encik Abdul Majid Bin Mohd. Noh atau lebih dikenali sebagai Pak Majid.

Bibliografi
Penghargaan
 
 
   
 
 
     
 
     
19 May 2024