CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Wau
- Lagenda Wau
Mula 1-1 Akhir

Di bahagian Utara Malaysia, terutamanya di Kedah, satu lagenda mengisahkan asal-usul permainan wau. Ceritanya adalah mengenai seorang petani yang hidup bersama dengan isterinya dengan mengerjakan padi huma di kaki bukit. Mereka tidak mempunyai anak.

Satu hari ketika sedang bekerja di ladangnya petani tersebut berjumpa dengan seorang budak perempuan. Budak perempuan itu dipelihara menjadi seorang anak gadis yang sangat cantik paras rupanya. Oleh kerana terlalu sayang kepada anak gadisnya itu, si petani tadi tiap-tiap hari menghantarkan makanan ke tempat gadis itu bermain iaitu dibaluh padi. Perkara ini telah menyebabkan si isteri jadi cemburu lantas dipukul dan dihalaunya anak itu hingga lari ikut mata-angin barat.

Tahun itu padi yang mereka kerjakan telah tidak menjadi. Si petani dan isterinya menjadi risau dan berjumpa dengan Tok Nujum. Mengikut Tok Nujum, anak yang dihalau tadi sebenarnya ialah semangat padi. Untuk meminta maaf, petani itu hendaklah membuat satu lembaga yang pada masa itu menyerupai Wau Bulan dan dinaikkan dengan menggunakan tali rami. Dari peristiwa inilah berpuncanya permainan wau.

Cerita ini menunjukan betapa tingginya pandangan orang-orang Melayu terhadap wau, sehingga mereka menghubungkannya dengan semangat padi iaitu semangat yang melibatkan pengeluaran tanaman padi yang merupakan bahan makanan utama kita. Keadaan ini adalah sesuai dengan masa wau dimainkan iaitu selepas musim menuai padi dan ketika itu ialah musim angin barat bertiup.

Bibliografi
Penghargaan
 
 
   
 
 
     
 
     
02 May 2024