CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Alor Setar Dahulu dan Sekarang - Vol II
- Bangunan Lama
Mula 9-11 Akhir
Balai Polis & Pejabat Pos

Bangunan ini merupakan bangunan ibu pejabat polis cawangan trafik di kawasan Alor Setar yang bertugas untuk mengawal lalu lintas di sekitar bandar Alor Setar. Reka bentuk dan pilihan warna biru yang digunakan oleh bangunan ini memperlihatkan persamaan dengan mana-mana balai polis di negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Keadaan ini adalah disebabkan faktor dari kesan penjajahan dulu lagi. Reka bentuk senibina bangunan ini menunjukkan ciri-ciri senibina Greek yang menarik. Bangunan ini masih kekal dan kukuh hingga ke hari ini.

Pejabat Pos

Bangunan ini terletak di persimpangan Jalan Pekan Melayu dan merupakan Pejabat Pos Besar di Alor Setar. Melihat kepada reka bentuk bangunannya, jelas menampakkan ciri-ciri senibina Roman. Ciri-ciri ini jelas terbukti pada struktur binaan pada tiang, tingkap dan pintu bangunan.

Selain itu, ukiran-ukiran menarik dapat dilihat pada bahagian dinding dan juga tiang. Bangunan ini berperanan untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan penghantaran surat menyurat dan juga kewangan. Bangunan ini tetap teguh berdiri dan tidak tergugat dengan pembinaan dan kewujudan bangunan-bangunan baru disekelilingnya

Penghargaan
     
 

Bangunan Pejabat Pos Besar dan Balai Polis Alor Setar di sekitar tahun 1940-an. Rekabentuk bangunan Balai Polis jelas memperlihatkan ciri-ciri senibina Greek. Manakala bentuk bangunan Pejabat Pos Besar pula menunjukkan ciri-ciri senibina Roman. Usaha pihak bertanggungjawab menjalankan pemuliharaan dan pemeliharaan ke atas bangunan bersejarah ini menjadikan ianya kekal hingga ke hari ini.


 
     
 
   
 
| Balai Seni Negeri | Masjid Zahir | Perkarangan Masjid Zahir | Maktab Mahmud | Madrasah Amanatul-Muslimin | Pekan Melayu Dan Pekan Cina | Majlis Perbandaran Kota Setar | Wisma Negeri | Balai Polis & Pejabat Pos | Jalan Raja | Hospital Alor Setar & OCBC |
 
 
   
 
 
     
 
     
20 April 2024