Majlis Perbandaran Kota Setar
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah yang ke-25 telah menubuhkan sebuah badan yang berfungsi sebagai "Sanitary Board" pada tahun 1905, bertujuan untuk menjaga kebersihan bandar Alor Setar. Selepas tahun 1958, pentadbiran bandar Alor Setar telah diberi taraf "swantara kewangan".
Bangunan Majlis Bandaran pada masa itu ialah berjenis rumah kedai deret dua tingkat di Jalan Langgar, di hadapan Pawagam Cathay. Pada tanggal 1 Februari 1978, Kerajaan Kedah Darul Aman telah menaikkan taraf Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kota Setar kepada Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS).
|