CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Alor Setar Dahulu dan Sekarang - Vol II
- Bangunan Lama
Mula 1-11 Akhir
Balai Seni Negeri

Balai Seni terletak di Jalan Pekan Melayu di dalam kawasan medan bandar. Ia mempunyai ciri-ciri reka bentuk senibina Roman yang bermula sejak 300 tahun dahulu. Pada setiap pintu dibuat pintu gerbang juga diseragamkan ke bahagian pintu besarnya. Pada bahagian tiang yang berbentuk empat segi jelas kelihatan ukiran-ukiran garisan menegak selari dengan tiang. Keadaan ini didapati mempunyai persamaan bentuknya dengan "Temple of Fortune Virils" di negara Rome. Pada setiap gerbang pintu diletakkan satu lencana lambang negeri Kedah. Bangunan ini pada asalnya telah dibina khas untuk Mahkamah Besar pada tahun 1912, dan telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Almarhum Tuanku Sultan Abdul Hamid Halim Shah, KCMG.

Mahkamah telah berpindah kepada bangunan sekarang (bersebelahan Wisma Persekutuan) pada tahun 1931 dan peranan bangunan ini telah berubah menjadi Pejabat Audit, Bendahari Negeri dan Pejabat Penasihat British. Kemudian telah dipindahkan ke bangunan Pejabat Tanah yang telah siap dibina. Bangunan ini seterusnya dijadikan sebagai pejabat Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Parit & Taliair.

Bangunan ini telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai bangunan Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman pada tanggal 25hb Julai, 1983 bersamaan 14hb Syawal 1403. Bangunan ini telah diisytiharkan oleh D.Y.M.M Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah.

Bangunan ini telah dipamerkan dengan pameran lukisan dan bahan-bahan seni serta berkaitan dengan seni yang terdapat di Negeri Kedah.

Perkarangan Balai Seni yang suatu ketika dulu merupakan padang dan dataran luas, kini telah diubahsuai dengan dibina dataran serta taman yang menarik sesuai untuk pengunjung beristirehat.

Penghargaan
 
   
 
| Balai Seni Negeri | Masjid Zahir | Perkarangan Masjid Zahir | Maktab Mahmud | Madrasah Amanatul-Muslimin | Pekan Melayu Dan Pekan Cina | Majlis Perbandaran Kota Setar | Wisma Negeri | Balai Polis & Pejabat Pos | Jalan Raja | Hospital Alor Setar & OCBC |
 
 
   
 
 
     
 
     
19 April 2024