CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Warisan Mata Wang Kedah
- Duit-duit Syiling Kedah
Mula 1-1 Akhir
Duit-duit syiling kedah

Sehingga ke akhir kurun ke-15, duit-duit syiling untuk perdagangan dari Negeri Arab (dinar) ataupun jenis Venetian sequin emas menjadi mata wang utama. Duit Kedah yang terdiri daripada siput gerus yang diikat ataupun duit tembaga China merupakan jenis nilai yang kecil digunakan di pasar-pasar tempatan.

Mata wang tempatan yang terawal bagi Negeri Kedah ialah duit timah. Pembayaran urusniaga yang lebih besar dibuat melalui pertukaran barter timah atau dolar Sepanyol atau duit-duit perak asing. Semenjak awal kurun ke 17, Kedah telah pun mula mengeluarkan wang timahnya sendiri untuk kegunaan tempatan. Duit-duit syiling emas di Johor, Patani dan Aceh digunakan dalam perdagangan di samping dolar Sepanyol.

Duit-duit syiling emas yang ditempah di Kedah adalah dikeluarkan semasa dua pemerintahan sahaja iaitu Sultan Dzizy'ud'din Al-Mukarram Shah (1661-1687) dan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Shah II (1710-1760).

Duit syling kurun ke 17 adalah sama bentuknya (segi lapan) dengan mata wang Johor.

 
 
   
 
 
     
 
     
20 April 2024