Tarian Cinta Sayang
Tarian Cinta Sayang merupakan tarian yang terkenal di Negeri Kedah. Tarian ini merupakan sejenis tarian untuk bersukaria atau penyeri majlis. Penari-penarinya menari berpasang-pasangan iaitu lelaki dan wanita. Penari-penari lelaki memakai baju Melayu yang lengkap dengan songkok dan kain songket. Penari-penari wanita memakai baju kebaya labuh dan selendang panjang disangkut di bahu.
|